Call Me Maybe
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

Meet the owner. Read the blog. Gracias :)



Put your CBOX codes here!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Syamimi Athirah
Others: Myself  


SYIRIK

DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN MASYARAKAT

NAMA PENSYARAH : PUAN NORAINI BINTI NAWAWI

NAMA
NO MATRIK
NUR ILYANI BINTI CHE ABDULLAH
02DKA14F1121
NUR IKMAL SYUHADA BINTI MOHD SHAMSULL
02DKA14F1141
NUR ASSIKIN BINTI MAT SUWEP ZAKIL
02DKA14F1051
NOR AISYAH BINTI NOR AZMI
02DKA14F1056
NUR SYAMIMI ATHIRAH BINTI ABDUL HALIM
02DKA14F1006

SESI : JUN 2016






ISI KANDUNGAN

NO.
INDEKS
1
Pengenalan
2
Pengertian Syirik dan Khurafat
3
Kesan Syirik dan Khurafat
4
Jenis Khurafat dan Syirik
5
Amalan Syirik dan Khurafat Yang Mempengaruhi Penonton dan Masyarakat
6
Cara Mengatasi Masalah Syirik dan Khurafat
7
Kesimpulan
8
Rujukan
9
Lampiran



















PENGENALAN

Pada era globalisasi kini, kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan dari segi filem dan penyiaran.Namun begitu, bentuk-bentuk hiburan seperti ini telah mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar keuntungan semata-mata.Hiburan digalakkan dalam Islam.Oleh yang demikian, seseorang individu perlu celik tentang batas-batas yang ditetapkan syarak. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur komedi , romantik , aksi mahupun seram.

Berbincang mengenai isu hiburan hari ini, perkara yang ingin diketengahkan ialah unsur-unsur syirik dan khurafat dalam Islam terutamanya dalam filem yang kebanyakannya merosakkan akidah umat Islam masa kini.Oleh yang demikian, filem yang mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah filem berunsurkan seram.Hal ini membuktikan bahawa setiap kali tayangan filem berunsur seram ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, kutipan julan tiket mendapat sambutan hangat berbanding filem bercorak kerohanian.Situasi ini telah menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram.

Dalam bab akidah Islam, setiap Muslim hanya wajib beriman dan percaya kepada Allah Yang Maha Berkuasa Mutlak menguasai dan mentadbir alam semesta terbentang luas ini.Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa.Ini bermakna kepercayaan kepada benda yang dijadikan keramat yang dipercayai mempunyai kuasa selain daripada Allah, bertentangan dengan konsep kepercayaan tauhid kepada Allah.









            Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, bilangan tertentu sesuatu perkara, konsep, prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin sebagai boleh mendatangkan kebahagiaan dan manfaat atau kemudaratan kepada seseorang. Hal ini kerana, perkara khurafat sama sekali tidak terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang suci. Ia juga bertentangan dengan logic akal yang sihat dan tidak bersandarkan kepada reality kerana ia merupakan sesuatu yang batil dan tidak mengandungi sebarang unsur kebenaran.


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW berkata;
“Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai).”

           
Setiap kepercayaan dalam amalan khurafat sangat berkait rapat dengan perkara ghaib.Mempercayai perkara ghaib merupakan perkara yang berkait rapat dengan iman seseorang.Namun begitu, amalan khurafat ini boleh mengalihkan keimanan dan kepercayaan seseorang daripada Allah kepada makhluk yang menjadi penyelewengan dalam aqidah Islam.

           

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar."  Surah al-Nisa’, ayat 48)





Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu agama dan akidah bagi memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perbuatannya dan perkataannya daripada amalan khurafat yang menyesatkan.Ilmu akidah merupakan perisai dan tunjang utama yang boleh mennyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpin kearah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Allah berfirman bermaksud: "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)."(Surah Yunus, ayat 106.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menemui tukang tilik dan menanyakan sesuatu kepadanya, lalu terus percaya terhadap apa yang dikatakannya, maka dia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad." (Hadis riwayat Ahmad dan Hakim).











PENGERTIAN SYIRIK DAN KHURAFAT
           
Pengertian khurafat ialah kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat.Selain itu, khurafat juga disebut sebagai الحديثالباطلمطلقاiaitu percakapan yang tidak betul. Pada zaman nabi dahulu, khurafat juga dikenali dengan nama ‘Adwa, Thiyaroh, Hamah, Shofar, Nau’ dan Ghaul.
Hukum khurafat berdasarkan Al-Quran dan Sunnah ialah haram. Firman Allah SWT;
Kemudian apabila datang kepada mereka kemakmuran, mereka berkata: “Itu adalah karena (usaha) kami”. dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka lemparkan sebab kesialan itu kepada Musa dan orang-orang yang besertanya. Ketahuilah, sesungguhnya kesialan mereka itu adalah ketetapan dari Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.  =Qs. Al A’raaf  7 :131=


Rasulullah saw bersabda:
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الطِّيَرَةُ شِرْكٌ الطِّيَرَةُ شِرْكٌ ثَلاَثًا وَمَا مِنَّا إِلاَّ وَلَكِنَّ اللهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ =رواه ابو داود=
Dari Abdullah bin Mas’ud ra, bahwa Rasulullah saw bersabda : “Thiyarah adalah syirik, thiyarah adalah syirik, (beliau mengucapkan) tiga kali, dan tidak ada seorang pun diantara kita kecuali (telah terjadi dalam hatinya sesuatu dari hal itu), hanya saja Allah menghilangkannya dengan tawakkal kepada-Nya”. HR. Abu Daud






عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَ عَدْوَى وَلاَ طِيَرَةَ وَلاَ هَامَةَ وَلاَ صَفَرَ  =متفق عليه= وزاد مسلم (وَلاَ نَوْءَ وَلاَ غُولَ )
Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah saw bersabda : “Tidak ada ‘Adwa, Thiyarah, Hamah, dan Shafar”. =HR. Muttafaqun Alaihi= Sedangkan dalam riwayat Muslim menambahkan “Tidak ada Nau’ serta tidak ada Ghul”.
Dalam kitab Addarul Nadid; halaman 179 ada disebut;

“Adapun yang diiktikadkan oleh manusia dari dahulu sehingga sekarang tentang adanya seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang memberi kesan kepada kebahagiaan atau kecelakaan manusia.Semua itu adalah khurafat.Islam membatalkannya kerana jelas bertentangan dengan tauhid.”
           
           










Pengertian syirik pula ialah suatu perubatan (dalam sikap atau niat) terutama menyangkut akidah dimana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT atau sengaja mencampur baurkan keesaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai menyekutukan Allah SWT.


SYIRIK TERBAHAGI KEPADA TIGA BAHAGIAN:

Syirik Rububiyyah bermaksud meyakini bahawa selain Allah ada golongan yang mampu menciptakan, memberi rezeki, mematikan yang hidup dan lain lain dari sifat Rububiyyah. Firman Allah SWT;
Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka : “Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?” Tentu mereka akan menjawab : “Allah.” Maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar).
(QS. Al Ankabut : 61)

Firman Allah SWT;
Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka : “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab : “Allah.” Katakanlah : “Segala puji bagi Allah.” Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
(QS. Luqman : 25)







Syirik Uluhiyyah merupakan meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu memberikan kemudharatan atau mendatangkan kemanfaatan serta memberikan syafaat tanpa izin Allah dan termasuk dengan sifat Uluhiyyah.
Firman Allah SWT;
“Wahai manusia sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelummu agar kamu bertakwa. Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahuinya.”
(QS. Al Baqarah : 21-22)


Syirik Asma’ Wasifat ialah meyakini atau percaya pada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah SWT. Hal ini kerana, ia seperti mengetahui perkara ghaib dan sifat-sifat lain yang merupakan kekhususan Allah SWT.
Firman Allah SWT;
(Dia adalah Tuhan) yang mengetahui yang ghaib. Maka Dia tidak memperlihatkan
kepada seorang pun tentang yang ghaib itu.?
(QS. Al Jin : 26)

           






KESAN-KESAN SYIRIK DAN KHURAFAT
Bahayanya khurafat akan mendatangkan kesan yang boleh memudharatkan manusia. Antara kesan-kesan mengamalkan khurafat adalah :
        i.            Solat tidak akan diterima Allah SWT
Rasulullah saw bersabda:
عَنْ صَفِيَّةَ عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً  =رواه مسلم و احمد=
Dari Shafiyah dan sebagian isteri Nabi Muhammad SAW, dari Nabi SAW bersabda: Barangsiapa datang kepada orang pintar, lalu ia bertanya tentang sesuatu, lalu ia membenarkannya (yang dikatakan orang pintar itu) tidak diterima solatnya  selama 40 malam“. HR. Muslim dan Ahmad.


      ii.            Kafir
Rasulullah saw bersabda :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَالْحَسَنِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  =رواه الترمذي وابن ماجه واحمد والدارمي=
Dari Abu Hurairah dan Hasan RA, dari Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang mendatangi dukun atau orang pintar lalu ia membenarkan apa yang dikatan (oleh dukun itu) maka sesungguhnya ia telah kafir kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW (Alqur’an).   HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Ad Darimi



    iii.            Terhapusnya amal kebaikan (pahala)
Firman Allah swt :
Itulah petunjuk Allah, yang dengannya dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakinya di antara hamba-hambaNya.seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan. Qs. Al An’aam 6: 88
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu.“Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugikan. Qs. Az Zumar 39 : 65
    iv.            Dosanya tidak akan diampuni
Firman Allah swt Qs. An Nisaa’ 4: 48, 116.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.











JENIS-JENIS KHURAFAT DAN SYIRIK.

Khurafat terbahagi kepada dua bahagian iaitu khurafat yang tidak memesongkan akidah seperti dongeng berkaitan dengan adat resam dan tidak berkaitan dengan ketuhanan.Selain itu, khurafat yang boleh memesongkan akidah ialah perbuatan yang melibatkan pemujaan, bersemah dan membuang ancak.Hal ini kerana, amalan khurafat yang bertentangan dengan akidah Islam sekaligus menjejaskan iman seseorang sekaligus menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang tidak diampuni Allah.

Perbuatan syirik boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata).Syirik jali ialah syirik yang dilakukan dengan terang dan jelas yang boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus ke dalam lembah kekufuran.Syirik ini boleh berlaku disebabkan salah satu daripada 3 keadaan iaitu yang pertama melalui iktikad.Contohnya ialah meenafikan kewujudan Allah dan berkeyakinan bahawa sistem ciptaan manusia lebih baik daripada sistem dan perundangan yang dicipta Allah.

Selain itu, syirik boleh berlaku melalui perbuatan atau amalan contohnya seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu.Selain itu, perbuatan memuja kubur atas dakwaan kubur tersebut merupakan sebuah keramat atau meminta bantuan bomoh yang menggunakan makhluk halus dalam perbuatan dan sebagainya.Disamping itu, syirik jali juga boleh berlaku disebabkan melalui lidah atau perkataan contohnya menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal.

           




AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT.

MENDIRIKAN RUMAH BARU
            Antara syarat dan adat istiadat yang mesti dibuat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti menggantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi/emas/perak dan tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut dari sebarang gangguan.
            Upacara terssebut akan dilakukan oleh bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada sebarang gangguan oleh jin dan syaitan. Selain itu, ia juga untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Secara benarnya, upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah tersebut.


ILMU SERU GERAK YANG BIASANYA DIAMALKAN OLEH KUMPULAN SILAT YANG MENGAMALKAN JURUS KEBATINAN.
            Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk menyempurnakan Islam.Hal ini kerana, ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya dari Islam.





JAMPI SERAPAH YANG ADA UNSUR-UNSUR SYIRIK ATAU MENGHINA ISLAM ATAU TIDAK DIFAHAMI MAKSUDNYA.
           
Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari al-Quran dan As-Sunnah kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika ianya bukan bersumberkan Al-Quran dan Hadis. Tetapi sebahagian yang lain pula mengharuskan dengan syarat ianya memahami maksud dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama Islam dalam bacaan jampi tersebut. Sebagai contoh yang terdapat pada masa kini ialah seruan kepada sesuatu, menghina Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam dan memohon sesuatu selain dari Allah SWT.

MENGAMALKAN ILMU PENGASIH
            Ilmu pengasih atau ilmu yang diketahui untuk menawan hati seseorang samada untuk tujuan baik, iaitu bernikah ataupun untuk jahat bagi memperdaya seseorang.Hukumnya adalah haram.Ia termasuk dalam kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat Al-Quran yang ditokok tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.

PERASAPAN KEMENYAN DENAGN TUJUAN SUPAYA MENGHALAU JIN DAN HANTU DIDALAM RUMAH DAN MENJEMPUT MALAIKAT DATANG KE RUMAH.
            Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada malam Jumaat.Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh para malaikat ataupun untuk menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya.Sebenarnya amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama Hindu dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang kemudharatan kepada pelakunya.


CARA MENGATASI MASALAH SYIRIK DAN KHURAFAT.
Menjadi muslim dan mukmin, kita harus menyedari bahawa dengan menyampaikan dakwah atau seruan Islam yang benar, kita dapat mengajak masyarakat untuk mengamalkan Islam yang sebenar yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dan para nabi. Hal ini kerana, tanggungjawab yang berat ini tidak boleh disandarkan pada golongan tertentu seperti ustaz dan ustazah sahaja. Malah, semua umat Islam haruslah berganding bahu menyampaikan risalah Islam ini ke serata pelusuk dunia .

PERANAN KERAJAAN

            Dalam pencegahan amalan syirik dan khurafat ini, pihak kerajaan haruslah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini.Oleh yang demikian, pihak kerajaan mestilah mengadakan kempen kesedaran tentang bahayanya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat dan agama. Hal ini kerana, dengan mengadakan kempen kesedaran ini, masyarakat mungkin akan celik tentang amalan syirik dan khurafat ini.Disamping itu, pihak kerajaan wajarlah memberi penerangan lengkap tentang ajaran Islam yang sebenar.
            Kemudian, pihak kerajaan haruslah menggunakan media massa dengan cara yang betul dalam pembentukan akidah murni dikalangan masyarakat. Selain itu, unit kaunseling dan pusat pembentukan akidah merupakan pusat yang boleh mencegah amalan ini terutama pada golongan remaja Islam.
            Dalam masa yang sama, pihak berkuasa seharusnya mengawal pengaruh luar yang negatif bertentangan ajaran Islam. Apabila ianya masih berleluasa, pihak berkuasa boleh mengenakan hukuman berat kepada golongan yang terlibat dalam mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat. Hal ini kerana, ia boleh mengurangkan keagiatan ini berleluasa. Pengawasan terhadap kawasan yang dianggap keramat oleh pengamal perlu dipertimbangkan supaya amalan ini boleh dibenteras.
           




Pihak berkuasa seperti pemerintah wajar berperanan secara menyeluruh dalam usaha membantu dan mendidik masyarakat supaya meninggalkan perbuatan yang boleh membatalkan iman.Antara peranan yang boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa adalah dengan menghapuskan tempat atau lokasi yang menjadi pusat pemujaan dan mengawasi sesuatu tempat yang menjadi lokasi untuk menjalankan sesuatu acara atau ritual tertentu.

Selain itu, pihak kerajaan juga perlu meletakkan topik “Amalan Khurafat dan Syirik” dalam buku-buku agama yang diterbitkan oleh pihak tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Pendidikan yang dimaksudkan perlu diajalankan secara formal iaitu di kelas-kelas di setiap pusat pengajian.Selain itu, pengajian secara tidak formal juga perlu dijalankan iaiatu melalui aktiviti-aktiviti atau program yang membincangkan tentang permasalahan masyarakat.Oleh yang demikian, pengajian secara tidak formal perlu diketengahkan supaya dapat dipelajari oeh semua peringkat umur.Hal ini kerana, generasi muda akan sedar tentang amalan syirik yang boleh menyebabkan runtuhnya keimanan seseorang muslim terhadap Allah SWT.












PERANAN MASYARAKAT

            Pada era globalisas kini, amalan khurafat semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat setempat yang kurangnya didikan agama dalam diri.Usaha untuk menangani amalan syirik dan khurafat dalam kalangan masyarakat ialah masyarakat setempat haruslah menggiatkan usaha-usaha dakwah atau majlis-majlis untuk semua lapisan umur.
            Selain itu, pihak tertentu wajarlah mengenakan hukuman berat kepada yang mengamalkan atau yang mempengaruhi masyarakat lain. Dalam masa yang sama, golongan masyarakat juga haruslah mengawasi kawasan-kawasan yang dianggap keramat oleh pengamal amalan ini. Justeru, penyebaran risalah-risalah dan artikel dalam yang menerangkan tentang keburukan syirik dan khurafat serta memberi kesedaran merupakan salah satu langkah yang wajar dipraktikkan untuk mengurangkan amalan ini berleluasa.
           
Mendekati masyarakat pada pelbagai lapisan usia dan latar belakang semestinya memerlukan variasi pendekatan yang memerlukan kreativiti para pendakwah. Bagi menarik minat golongan muda dan belia untuk mendekati Islam, bahan-bahan media dan risalah-risalah yang akan diedarkan perlu lebih kreatif dan pelbagai. Golongan ini lebih tertarik kepada maklumat yang yang bersifat santai dan interaktif.









PERANAN DIRI SENDIRI
            Pada hari ini, amalan ini semakin berleluasa disebabkan lemahnya iman seseorang. Oleh yang demikian, seseorang muslim haruslah menambahkan tahap keimanan dengan memperbanyakkan amalan sunat dan berssujud kepada Allah. Selain itu, kita mestilah menghadiri kelas agama yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah supaya dapat menambahkan lagi pengetahuan agama yang sedia ada.
            Justeru, kita juga mestilah berpegang teguh terhadap ajaran Allah SWT supaya tidak mudah percaya tentang perlakuan yang tidak betul.Selain itu, kita mestilah sentiasa bertanya kepada golongan yang lebih tinggi ilmu pengetahuan supaya tidak terjebak dalam amalan ini.
            Selain itu, kita mestilah memperbanyakkan berdoa kepadda Allah agar kita dapat menghindarkan diri kita daripada terus terjebak dalam khurafat dan syirik kepada Allah.Disamping itu, kita mestilah berdoa supaya sentiasa istiqamah dalam menetapkan hati dan keimanan terhadap Allah SWT.
            Seterusnya, kita hendaklah sentiasa bergaul dan berdamping dengan golongan yang tidak mengamalkan ajaran syirik dan khurafat ini.Hal ini kerana, golongan ini boleh menjadi pendorong dalam mnghindarkan diri daripada terjebak dengan syirik dan khurafat.








KESIMPULAN
            Dasawarsa, usaha untuk membendung amalan syirik dan khurafat sangatlah mencabar.Hal ini kerana, memang benar masyarakat kita pada hari ini sudah jauh lebih matang berbanding dahulu.Akan tetapi, masyarakat hari ini semakin celik dengan hal keduniaan.Oleh yang demikian, gejala syirik dan khurafat lebih berleluasa dan menyebabkan masyarakat mudah terpengaruh.
            Justeru, kalau masyarakat kita terus menerus meletakkan beban yang besar pada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Majlis Ugama Islam, sudah pastilah masalah ini akan terus berleluasa dan akan meruntuhkan sebahagian akidah umat Islam sejagat.
            Usaha-usaha untuk menangani masalah syirik dan khurafat boleh dilakukan dengan kerjasama antara masyarakat dan amjlis agama bagi menangani semua perkara yang boleh menggugat keteguhan iman dan akidah umat Islam.
            Selain itu, masjid juga boleh dijadikan medium untuk melumpuhkan gejala syirik dan khurafat dengan mengadakan masjlis-majlis ilmu dengan jayanya. Dalam pada itu, media massa turut memainkan peranan penting dalam menangani isu ini. Risalah-risalah Islam merupakan medium terbaik yang wajar dikeluarkan berbanding sebahagian syarikat yang mengeluarkan majalah-majalah yang berkaitan misteri seolah-olah meniup semangat syirik dan khurafat dalam diri masyarakat.
            Akhir sekali, sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW, Baginda amat risaukan umatnya.Oleh yang demikian, umat Islam perlulah membalas kebimbangan itu dengan mengamalkan “Amar Makruf Nahi Mungkar” bagi memantapkan lagi akidah dan keimanan masyarakat Islam.





RUJUKAN
1) akidah.islam blogspot
2) wordpress.com
3) islamindah.com
4) darussyifa’ online                    




















LAMPIRAN